Pages

19 Apr 2015

Minuman sihat memberikan tenaga

Bahan2

2 biji pisang dibekukan terlebih dahulu
susu rendah lemak
2 s/b oat
2 s/k madu (kalau ada)

Caranya

caranya simple sahaja blend semua bahan tadi, siap.

15 Apr 2015

bubur oat shake for breakfast

Bahan-bahan

2  s/b oat
2 s/b serbuk koko
2 s/b yogurt
susu rendah lemak ikut suka banyak mana nak letak
1 biji pisang. Nak lebih pon ok

cara buat

Campur semua bahan oat, serbuk koko, yogurt, susu rendah lemak dalam apa saja bekas  yang ada penutup kecuali pisang, pisang asingkan dulu. Shake bahan2 dalam bekas tu sampai sebati mengikut daya kekuatan masing-masing. last sekali potong pisang bulat-bulat dan masukkan ke dalam bekas tadi. Tutup bekas dan boleh dibawa ke tempat kerja. Nak makan time tu pon boleh.

12 Apr 2015

Tips untuk mencegah stress / gila

Stress atau terkanan terjadi disebabkn permasalahan dalam kehidupan, ada masalah adalah streess. Bebanan ini seolah-olah terlalu berat untuk di pikul hingga menyebabkan kepala menjadi pusing dan pening.  Pada ketika itulah munculnya satu tenaga yang entah dari mana datang yang berada dalam diri, seolah-olah ingin meletup meronta-ronta ingin melepaskan tekanan tersebut.

Stress dan gila ni tidak lari jauh.Stress ini kalu tak mencegah lama kelamaan boleh jadi gila, setahu aku kadar orang gila di malaysia ni pon dah makin meningkat, macam-macam gila dok ada, ada yang gila harta, gila pangkat, gila gossip, gila sawan, gila babeng, gila judi yang macam m.daud kilau nyanyi tu ramai orang gila judi, gila kpop yang ni orang perempuan ramai, dari normal tiba2 dalam sekelip mata boleh menjadi gila sawan. ada jugak yang gila internet, jadi jika lu ada  line internet lu jugak tidak terkecuali untuk mendapat gila. Setahu aku orang malaysia memang ramai gilerr ada internet

jadi untuk elakkan benda ini berlaku adalah dengan
  1. kahwin lah cepat..kenapa lu ingat tak logik ke.( aku single lgi so ada tak awek single nak dekat aku?).
  2. kepada yang belum berkahwin perbanyakkan lah bergaul dengan orang ramai, maksud bergaul bukan bermakna perlu berkawan, just cuma sembang2 mcm tu je, jgn asyik terperuk dlm bilik je hadap internet.
  3. Bersenam, macam berjoging or jalan kaki sampi air peluh basah baju, sambil jogging tu jangan dengar lagu, cuba fikir masalah yang menyebabkan diri tu stress dan lepas bersenam rehat duduk bawah kipas, buka kipas kuat-kuat sambil minum air masak dan sambil tu istigfar lah muhasabah diri apa yag betul dan salah dalam kehidupan yang sementara ni. Kejap je hidup ni tak lama sampai masa kita akan pergi jua.



8 Apr 2015

Mengesan kerosakkan pada kereta

Stereng kereta bergegar  
Punca mungkin disebabkan  tayar bengkak sebab dah nipis, angin dalam tayar tak seimbang dengan yang    lain, alignment tayar lari sebab tak bua alignment bila tukar  tayar baru. Alignment tayar penting untuk kesesuaian  tekanan pada kesemua tayar, juga untuk elak tayar cepat rosak, so quikly  periksa tayar jika ada kebocoran.  Tampal tayar atau jika tayar sudah sangat teruk dan tidak selamat untuk digunakan lagi, tukar tayar baru. That is very important to avoid  pancit di tengah jalan, meletup and anything else problems.


Kereta sangkut sangkut (choking)  
Sewaktu berjalan atau mati tiba-tiba apabila berhenti seketika time kat traffic light or on road setelah lama berjalan. Punca mungkin disebabkn  spark plug rosak, contact point tak elok kena ke bengkel, tukar. 

Suhu enjin kereta naik menunjukkan hight temperture
Enjin normal biasanya tengah-tengah antara (C-H). Punca mungkin disebbkn enjin panas kerana water/coolant tidak mencukupi untuk menyejukkan enjin. Tangki water/coolant bocor. Kipas enjin rosak.
So every time before and after  memulakan perjalanan jauh,  must conform air dalam tangki berada pada aras sepatutnya. Jika tangki didapati bocor (sama ada tambah air banyak kali tak penuh2 or nampak air mengalir laju membasahi permukaan bawah kereta, maka segeralah ke bengkel untuk tampal tangki atau tukar yang baru. Jika setelah masalah ini selesai, namun suhu masih tinggi terutamanya setelah berjalan lama, mungkin disebabkan kipas enjin yang gagal berfungsi, maka haruslah segera menukarkannya.


Bahagian bawah berdekatan tayar mengeluarkan bunyi ketika membelok ke kiri atau ke kanan, terutamanya belok lipat
Punca mungkin disebabkan drive shaft longgar atau hampir tercabut. Segera ke bengkel kereta yang berdekatan untuk pemeriksaan. Kalau betul drive shaft yang bermasalah memang confirm kena tukar baru. Mahal tapi andai kalau berdegil tak mahu tukar, kereta mugkin  tidak boleh berjalan secara tiba-tiba (gear tak boleh masuk).So terpaksa menunggu lori/trak tunda datang menarik kereta.

6 Apr 2015

apa yang berasap

Sebenarnya aku pon tak tahu apa yang berasap di blog kecil ku ini atau penduduk malaysia yang tengah berasap disebabkan bermulanya Gst di bumi malaysia pada 1 April 2015. Tapi aku tak berasap aku cool je(leh caya ke).

Tapi setahu aku klu tak ada api tak akan timbul asap kecuali asap tanda nak berlakunya kiamat, maka time tu keluarlah asap selama 40 hari .Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Maka tunggulah ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia, inilah adzab yang pedih.” (Ad Dukhkhan: 10-11).

Astaghfirullah hal 'azim takut aku dengar. Mudah mudahan diriku ini terhindar dari kemurkaan Allah dan azap yang pedih dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Cukup sampai disini saja sesi mukhadimah, lagi pon aku penat nak copy paste huruf A pada setiap ayat yang aku tulis sebab keyboard ku huruf A rosak, gigih betul aku, nak repair aku pulak yang malas, padan muka aku.